Bab 7: Taburan Penduduk
Taburan penduduk di Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 iaitu berpenduduk padat, berpenduduk sederhana padat, dan berpenduduk jarang
(a) Berpenduduk Padat
- Mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometere persegi
- Contoh di pantai barat Semenanjung Malaysia, iaitu di Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau-Pinang, Seberang Prai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka, dan Johor Bahru
- Di Pantai timur Semenanjung Malaysia ialah di kawasan-kawasan dataran seperti Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan di bandar Kuantan
- Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak adalah kawasan berpenduduk padat
(b) Berpenduduk Sederhana Padat
- Mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi
- Contohnya, kawasan pertanian dan perikanan utama iaitu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan kemajuan rancangan tanah seperti Segi Tiga Jengka dan Johor Tenggara, bandar-bandar kecil seperti Sibu, Bintulu, dan Miri, di Sarawak, sepanjang lembah sungai Rajang di Sarawak, Sandakan dan kawasan sekitarnya serta Lahad Datu dan Tawau di Sabah
(c) Berpenduduk Jarang
- Mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi
- Contohnya kawasan hutan tebal, paya, dan pedalaman yang bergunung-ganang
- Kawasan yang berutan tebal dan bergunung-ganang adalah terpencil dengan kurang kemudahan pengangkutan dan kegiatan ekonomi
- Penduduk yang tinggal di sini (orang asli) menjalankan pertanian pindah dan tinggal berselerak
- Kawasan paya di bahagian timur di negeri Johor, dan pantai timur Sabah. dan Sarawak berpenduduk jarang juga
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara Malaysia
- Bentuk muka bumi
- Kegiatan sosio-ekonomi
- Sumber mineral
- Dasar kerajaan/Governan
- Pengangkutan dan perhubungan
berpenduduk sangat jarang x de ke...?
ReplyDeleteberpenduduk sangat jarang x de...ade 3 aje...
Deleteberpenduduk padat, berpenduduk sederhana padat dan berpenduduk jarang !! :')
Burka kier sepatutnya ade 7 faktor
ReplyDelete