Sunday, November 1, 2009

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 7

Bab 7: Taburan Penduduk

Taburan penduduk di Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 iaitu berpenduduk padat, berpenduduk sederhana padat, dan berpenduduk jarang

(a) Berpenduduk Padat

  1. Mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometere persegi
  2. Contoh di pantai barat Semenanjung Malaysia, iaitu di Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau-Pinang, Seberang Prai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka, dan Johor Bahru
  3. Di Pantai timur Semenanjung Malaysia ialah di kawasan-kawasan dataran seperti Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan di bandar Kuantan
  4. Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak adalah kawasan berpenduduk padat

(b) Berpenduduk Sederhana Padat

  1. Mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi
  2. Contohnya, kawasan pertanian dan perikanan utama iaitu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan kemajuan rancangan tanah seperti Segi Tiga Jengka dan Johor Tenggara, bandar-bandar kecil seperti Sibu, Bintulu, dan Miri, di Sarawak, sepanjang lembah sungai Rajang di Sarawak, Sandakan dan kawasan sekitarnya serta Lahad Datu dan Tawau di Sabah

(c) Berpenduduk Jarang

  1. Mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi
  2. Contohnya kawasan hutan tebal, paya, dan pedalaman yang bergunung-ganang
  3. Kawasan yang berutan tebal dan bergunung-ganang adalah terpencil dengan kurang kemudahan pengangkutan dan kegiatan ekonomi
  4. Penduduk yang tinggal di sini (orang asli) menjalankan pertanian pindah dan tinggal berselerak
  5. Kawasan paya di bahagian timur di negeri Johor, dan pantai timur Sabah. dan Sarawak berpenduduk jarang juga

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara Malaysia

  • Bentuk muka bumi
  • Kegiatan sosio-ekonomi
  • Sumber mineral
  • Dasar kerajaan/Governan
  • Pengangkutan dan perhubungan

3 comments:

  1. Replies
    1. berpenduduk sangat jarang x de...ade 3 aje...
      berpenduduk padat, berpenduduk sederhana padat dan berpenduduk jarang !! :')

      Delete
  2. Burka kier sepatutnya ade 7 faktor

    ReplyDelete