Bab 13: Pembandaran
- Berlaku apabila banyak penduduk sesebuah negara bertumpu di kawasan bandar
- Pertambahan penduduk di bandar berlaku akibat perpindahan ke bandar dan pertambahan semula jadi
- Penduduk yang berpindah ke bandar akan mengalami perubahan kegiatan ekonomi dan cara hidup
Fungsi petempatan bandar
- Fungsi bandar berkaitan dengan kegiatan ekonomi , politik, sosial, dan kebudayaan
- Biasanya sesebuah bandar dikaitkan dengan satu fungsi utama walaupun mempunyai fungsi-fungsi yang lain
Antara Fungsi-Fungsi Bandar
- Pentadbiran dan Bandar Diraja
- Pusat Perniagaan dan Perdagangan
- Pelabuhan
- Pusat Perindustrian
- Pusat Pendidikan
- Pusat Pengangkutan dan Perhubungan
- Pusat Pelancongan
- Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan
Kesan negatif pembandaran
- Juga membawa kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, pencemaran bunyi, masalah setinggan, nilai hartanah meningkat, kemudahan asas yang tidak mencukupi, dan kes jenayah
- Masalah kesesakan lalu lintas berlaku pada waktu puncak , iaitu semasa penduduk berulang-alik dari rumah ke pejabat dan sebagainya
No comments:
Post a Comment