Sunday, November 1, 2009

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 15

Bab 15: Perkembangan Jaringan Pengangkutan
  1. Jaringan pengangkutan Malaysia terdiri daripada rangkaian jalan darat, jalan air, dan jalan udara
  2. Kebanyakan jalan darat di Asia Tenggara termasuk di Malaysia di bina di kawasan pamah dab dataran pantai kerana kos rendah dan tumpuan penduduk

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Jaringan Pengangkutan

  1. Dasar pembangunan negara
  2. Perkembangan ekonomi
  3. Bentuk muka bumi
  4. Kemajuan teknologi
  5. Keperluan Pengguna

(a) Jalan raya

  1. Merupakan cara pengangkutan darat yang terpenting di negara Malaysia
  2. Kebanyakan jarinagn jalan raya dan lebuh raya dibina di kaki bukit dan dataran pantai
  3. Jaringan jalan raya adalah lebih maju di pantai barat Semenanjung Malaysia kerana:

-terdapat tumpuan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, perniagaan, dan perdagangan

-terdapat bandar besar seperti Georgetown, Kuala Lumpur, dan Johor Bahru

-terdapat tanah pamah yang rata dan luas

-terdapat kawasan padat penduduk seperti Pulau Pinang, Lembah Kinta, dan Lembah Klang

(b) Jalan Kereta Api

  1. Pengangkutan kereta api yang terdapat di negara Malaysia ialah kereta api, komuter, dan sistem rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel
  2. Terdapat 2 jenis perkhidmatan kereta api, iaitu kereta api penumpang, dan kereta api barang
  3. Di Sarawak dan Terengganu tidak terdapat jaringan landasan kereta api
  4. Sarawak tidak mempunyai landasan kereta api kerana:

-pantainya berpaya

-kawasan pedalamanya bergunung-ganang

-kebanyakan penduduk tertumpu di sepanjang sungai

No comments:

Post a Comment