Saturday, October 31, 2009

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 4

Bab 4: Graf

(a) Graf Bar Berganda



  1. Dapat menunjukkan 2 maklumat atau lebih dalam graf yang sama

(b) Graf Garisan




  1. Sesuai digunakan untuk menunjukkan untuk menunjukkan suhu tahunan, perubahan penduduk, dan sebagainya
  2. Terbahagi kepada graf garisan mudah, dan graf garisan berganda
  3. Graf garisan mudah hanya mempunyai satu maklumat sahaja
  4. Graf garisan mudah menggunakan garisan untuk menyambungkan titik-titik yang mempunyai nilai tertentu
  5. Graf garisan berganda terdiri daripada beberapa garisan yang menunjukkan perubahan nilai bagi sesuatu perkara yang dilukis pada bidang yang sama
  6. Graf bar gabungan digunakan untuk menunjukkan min suhu tahunan dan jumlah hujan tahunan

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 3

Bab 3: Skala dan Jarak
(a) Skala
  1. Skala ialah nisbah jarak pada peta yang mewakili jarak sebenar di permukaan bumi
  2. Skala lurus terbahagi kepada skala lurus mudah dan skala lurus penuh
  3. Skala lurus mudah berbentuk 1 garisan lurus yang halus
  4. Skala lurus penuh pula berbentuk 2 garisan tertutup yang bahagiannya dilorekkan berselang-seli

(b) Jarak

  1. Jarak ialah jauhnya antara 2 tempat
  2. terbahagi kepada 2, iaitu jarak mutlak dan jarak relatif dan diukur dalam unit meter (m) atau kilometer (km)

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 2

Bab2: Arah
  1. Bearing ialah arah atau hala sesuatu objek atau sesuatu tempat dari kedudukan pemerhati
  2. Ianya dinyatakan dalam nilai sudut atau darjah
  3. Bearing biasa atau bearing sudutan (azimut) diukur dari arah utara mengikut arah pusingan jam, iaitu dari 0 darjah hingga 360 darjah

Wednesday, October 28, 2009

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 1

BAB 1: KEDUDUKAN



(1) Latitud

Maksud latitud ialah garisan mendatar dari timur ke barat pada glob.

(a) Garisan Khatulistiwa (00)

(b) Garisan Sartan (23 1/2 oU)

(c) Garisan Jadi (23 1/2 oS)

(d) Garisan Artik (66 1/2 oU)

(e) Garisan Antartik (66 1/2 oS)

(f ) Kutub Utara (90oU)

(g) Kutub Selatan (90oS)



(2) Longitud

Maksud longitud ialah garisan menegak dari kutub utara ke kutub selatan. Longitud utama dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich atau dikenali juga sebagai

Meridian Pangkal.Ia diberi ukuran 0 darjah celcius



(3) Waktu Tempatan



Waktu tempatan adalah waktu sesuatu tempat yang ditentukan berdasarkan kedudukan longitudnya. Tempat-tempat yang sama terletak di longitud yang sama akan memperoleh waktu yang sama.Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur. Tempat-tempat yang terletak di sebelah timur Garisan Meridian Pangkal (GMP) akan mengalami waktu siang terlebih dahulu berbanding tempat-tempat di sebelah barat GMP (0o).