Thursday, December 31, 2009
2010.. here i come.!!!
Sunday, December 27, 2009
sumting new.!!!
Friday, November 27, 2009
diz mean so much 2 me.. thankz guyz..
Thursday, November 26, 2009
pg rye aidiladha ni...
huh, x tau nk ckp pe da.. k la, smpi cni je kot kli ni...
Tuesday, November 24, 2009
rindu sngat kt dye.!!!!!!
mslh pe agy nih.???
Thursday, November 19, 2009
bile aku nk rse epy blk??
Wednesday, November 18, 2009
x snggop aku.!!!
huhu..=(
Tuesday, November 17, 2009
bnci cam nih.!!!
huhu.. sume org ske tngok aku nanges.. bhagie tngok aku cam ni.. x pe ar korunk.. huhuhu..=(
Monday, November 16, 2009
pe nk jd ngan aku nih.?? mrepek je..
=)
Sunday, November 15, 2009
still waiting.!! huhu=(
huhu=(
Friday, November 13, 2009
Sronok nye.!!!!
Wednesday, November 11, 2009
Mc sndiri...=)
=(
Monday, November 9, 2009
Ari yg m'mbosan kn.!!
Saturday, November 7, 2009
mslh ngare.!!
Friday, November 6, 2009
dussshhhhhhhhhhh....
Hurm, ari ni pnz btoi.. sume org x nk kuar.. dorng nk sngat jage kulit.. x nk itam konon.. poyo jerk.. huhu, nk blk agy mse zman agogo.. bdak2, mne tau pape.. maen je keje nye.. bile da pnat tdo.. bile bngon tdo lapo tros mak bg mkn.. tp skunk aku da besa gjah, x kn nk wat cam tu agy.. adoyai, trase nk nengok muvee skunk.. tp ajk akak dye x nk.. kalo kuar ngan pakwe dye nk aje.. ish, boikot ar cam ni ngan dorng.. abg lak nga keje.. hehe, dpt dwet nnt aku minx ar ckt.. modal aku kte kn adek bradek.. pe ar slh nye b'kongsi.. haha, dye pown cam x biase je wat aku cam tu. ar ni, aku x dek wat pape.. bngon tdo kul 6 td, aku mndi then smayng.. pas2 tros on9 smpi skunk.. x b'gerak lnsong dr laptop ni.. naek juling mate aku.. huhu.. pe nk jd ngan aku ni?? mentang2 bru pas abesh exam.. nk beso kn body lak.. tp kunk dpt result menangis ko.. bru gud2 very gud.. hak3, cian aku.. ckp pdn muke kt dri sndiri.. sah aku da bosan tahap kritikal.. sumone, sent me to da hosp.. ASAP.!!!!
Thursday, November 5, 2009
hurmm.??
bnyk btoi mslh negare yg aku pker.. mne nk pker hrge minyk naek agy, sume brng da mhal skunk.. kalo cam tu, susah ar nk bodek mak agy.. ngee..
erm, nobody perfect in diz world.. x leh gak nk slh kn dye sorng kn?? aku pown slh gak.. no matter wat aku still sme cam nisa yg dlu cume skunk ati aku da keras.. haha, idop mnusie rbot aku.. dorng slalu ckp yg aku ni x dek prasaan.. btoi ar tu.. pas kene yg aritu, idop aku da laen.. like sumting missing in my life.. tp aku x tau pe dye.. huhu.. saket btoi rse cam ni.. cam nk t'kluar jntong aku.. oh tdk.!! da la, nk lari kejo jntong aku tu blk.. kunk x jumpe naye je.. daaaaaa
Sunday, November 1, 2009
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 15
- Jaringan pengangkutan Malaysia terdiri daripada rangkaian jalan darat, jalan air, dan jalan udara
- Kebanyakan jalan darat di Asia Tenggara termasuk di Malaysia di bina di kawasan pamah dab dataran pantai kerana kos rendah dan tumpuan penduduk
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Jaringan Pengangkutan
- Dasar pembangunan negara
- Perkembangan ekonomi
- Bentuk muka bumi
- Kemajuan teknologi
- Keperluan Pengguna
(a) Jalan raya
- Merupakan cara pengangkutan darat yang terpenting di negara Malaysia
- Kebanyakan jarinagn jalan raya dan lebuh raya dibina di kaki bukit dan dataran pantai
- Jaringan jalan raya adalah lebih maju di pantai barat Semenanjung Malaysia kerana:
-terdapat tumpuan kegiatan ekonomi seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, perniagaan, dan perdagangan
-terdapat bandar besar seperti Georgetown, Kuala Lumpur, dan Johor Bahru
-terdapat tanah pamah yang rata dan luas
-terdapat kawasan padat penduduk seperti Pulau Pinang, Lembah Kinta, dan Lembah Klang
(b) Jalan Kereta Api
- Pengangkutan kereta api yang terdapat di negara Malaysia ialah kereta api, komuter, dan sistem rel seperti sistem transit aliran ringan (LRT) dan monorel
- Terdapat 2 jenis perkhidmatan kereta api, iaitu kereta api penumpang, dan kereta api barang
- Di Sarawak dan Terengganu tidak terdapat jaringan landasan kereta api
- Sarawak tidak mempunyai landasan kereta api kerana:
-pantainya berpaya
-kawasan pedalamanya bergunung-ganang
-kebanyakan penduduk tertumpu di sepanjang sungai
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 16
- Di Malaysia, sistem perhubungan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi
- Kini, telefon, telegraf, teleks, dan faksimili digunakan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan lebih cepat
- Negara Malaysia telah melancarkan Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT 1 dan MEASAT 2)
- Perkembangan teknologi satelit ini telah membolehkan negara Malaysia:
-menjadi pusat perhubungan serantau dan antarabangsa di Asia Tenggara
-mempunyai hubungan telekomunikasi dengan negara lain di seluruh dunia
-menerima siaran lansung radio dan televisyen dari negara luar
-Contohnya perlawanan bola sepak yang diadakan di luar negara dapat disiarkan secara lansung ke negara Malaysia mengikut waktu tempatan
-memperkenalkan siaran televisyen bersatelit, iaitu Astro
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 14
Keperluan Pengangkutan dan Perhubungan Awal
Pengangkutan Awal
- Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi satu tempat ke tempat yang lain
- Penduduk awal bergerak dari satu tempat ke tempat yang lainmelalui denai atau lorong jalan kaki
- Gajah atau kereta lembu digunakan untuk mengangkut padi, sayuran, dan buahan buhan untuk dijual di pasar
- Pengangkutan air, iaitu melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan awal yang penting
- Perahu, rakit, dan jong (kapal layar Cina)digunakan untuk mengangkut barangan, orang, dan surat perutusan
- Jenis perdagangan yang digunakan adalah melaui sistem barter atau bertukar barang, dan bertukar mata wang
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 13
- Berlaku apabila banyak penduduk sesebuah negara bertumpu di kawasan bandar
- Pertambahan penduduk di bandar berlaku akibat perpindahan ke bandar dan pertambahan semula jadi
- Penduduk yang berpindah ke bandar akan mengalami perubahan kegiatan ekonomi dan cara hidup
Fungsi petempatan bandar
- Fungsi bandar berkaitan dengan kegiatan ekonomi , politik, sosial, dan kebudayaan
- Biasanya sesebuah bandar dikaitkan dengan satu fungsi utama walaupun mempunyai fungsi-fungsi yang lain
Antara Fungsi-Fungsi Bandar
- Pentadbiran dan Bandar Diraja
- Pusat Perniagaan dan Perdagangan
- Pelabuhan
- Pusat Perindustrian
- Pusat Pendidikan
- Pusat Pengangkutan dan Perhubungan
- Pusat Pelancongan
- Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan
Kesan negatif pembandaran
- Juga membawa kesan negatif seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, pencemaran bunyi, masalah setinggan, nilai hartanah meningkat, kemudahan asas yang tidak mencukupi, dan kes jenayah
- Masalah kesesakan lalu lintas berlaku pada waktu puncak , iaitu semasa penduduk berulang-alik dari rumah ke pejabat dan sebagainya
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 12
- Petempatan adalah sesuatu tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti
- Penduduk di petempatan ini menjalankan aktiviti seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan, dan perkhidmatan
Jenis Petempatan
- Di negara Malaysia terdapat2 jenis petempatan, iaitu petempatan luar-bandar dan petempatan bandar
- Faktor-faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini ialah:
(a) fungsi (jenis kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial yang dijalankan)
(b) saiz penduduk
(c) kepadatan penduduk
Faktor Penentu Tapak
- Bentuk muka bumi
- Sumber air
- Tanih
- Kegiatan ekonomi
- Ketersampaian ( mudah untuk sampai ke sesuatu tempat)
- Petempatan yang dirancang
Pola petempatan luar bandar
- Pola petempatan berselerak
- Pola petempatan berjajar
- Pola petempatan berpusat
- Pola petempatan berkelompok
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 11
- Sesebuah negara ditakrifkan mempunyai penduduk berlebihan apabila sumber semulajadi yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan penduduknya yang banyak
- Contoh negara penduduk berlebihan adalah seperti Bangladesh, India, Pakistan, dan Ethiopia
Kesan Penduduk Berlebihan
- Sumber semula jadi negara penduduk berlebihan adalah terhad dan tidak cukup untuk menampung keperluan penduduknya
- Negara-negara ini9 mempunyai kadar pertambahan semula jadi yang tinggi
- Keadaan kemarau yang panjang juga menyebabkan pertanian tidak dapat diusahakan dan penduduknya kekurangan makanan
(b) Ciri Kurang Penduduk
- Negara-negara kurang penduduk mempunyai sumber yang melebihi keperluan penduduknya
- Jumlah penduduk yang ada tidak mencukupi untuk membangunkan sumber semula jadi negara dengan sepenuhnya
- Contoh negara-negara yang kurang penduduk ialah Kanada, Australia, dan Brazil
Kesan Kurang Penduduk
- Penduduk negara-negara ini dapat menikmati taraf hidup yang baik
- Negara-negara ini mempunyai sumber semula jadi yang banyak, dan melebihi keperluan penduduknya
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 10
- Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan terhadap makanan bertambah
- Penerokaan tanih lebih giat untuk penanaman
- Padi ditanam secara giat bagi menambahkan bekalan makanan
- Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan Dataran Terengganu
Kesan-kesan Negatif
- Pertambahan penduduk juga membawa kesan-kesan negatif terhadap penerokaan sumber tanih
- Kegiatan penanaman padi secara giat dan berterusan tanpa rehat menyebabkan tanih menjadi tidak subur
- Reputan jerami membebaskan gas metana dan meningkatkan suhu atmosfera bumi
- Hakisan tanih berlaku akibat pembukaan kawasan pertanian secara meluas lalu menyebabkan tanih yang terhakis ini dibawa ke sungai dan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku apabila hujan lebat
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 9
Bab 9: Migrasi Penduduk
- Melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain
- Terdapat 2 jenis migrasi, iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa
- Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan dalam sesebuah negara
- Migrasi antarabangsa melibatkan penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara yang lain
Migrasi Penduduk Negara Malaysia
Terdapat beberapa jenis migrasi dalaman di negara Malaysia, iaitu:
- luar bandar ke bandar
- luar bandar ke luar bandar
- bandar ke bandar
- bandar ke luar bandar
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 8
- Perubahan penduduk merujuk kepada jumlah penduduk yang bertambah atau berkurang dalam setahun di sesebuah negara akibat pertambahan semula jadi atau migrasi
- Pertambahan semula jadi bergantung kepada kadar kelahiran dan kadar kematian
- Jenis migrasi yang dapat mempengaruhi perubahan penduduk sesebuah negara ialah migrasi antarabangsa:
(a) imigrasi-penghijrahan penduduk masuk ke sesebuah negara akan menambahkan jumlah penduduk
(b) emigrasi-penghijrahan ke luar penduduk negara lain dan akan mengurangkan jumlah penduduk di negara asal
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia
Jumlah Penduduk
Kelahiran
Migrasi
Kematian
Emigrasi
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 7
Taburan penduduk di Malaysia dapat dibahagikan kepada 3 iaitu berpenduduk padat, berpenduduk sederhana padat, dan berpenduduk jarang
(a) Berpenduduk Padat
- Mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometere persegi
- Contoh di pantai barat Semenanjung Malaysia, iaitu di Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau-Pinang, Seberang Prai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka, dan Johor Bahru
- Di Pantai timur Semenanjung Malaysia ialah di kawasan-kawasan dataran seperti Dataran Kelantan, Dataran Terengganu, dan di bandar Kuantan
- Kota Kinabalu di Sabah dan Kuching di Sarawak adalah kawasan berpenduduk padat
(b) Berpenduduk Sederhana Padat
- Mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi
- Contohnya, kawasan pertanian dan perikanan utama iaitu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, kawasan kemajuan rancangan tanah seperti Segi Tiga Jengka dan Johor Tenggara, bandar-bandar kecil seperti Sibu, Bintulu, dan Miri, di Sarawak, sepanjang lembah sungai Rajang di Sarawak, Sandakan dan kawasan sekitarnya serta Lahad Datu dan Tawau di Sabah
(c) Berpenduduk Jarang
- Mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi
- Contohnya kawasan hutan tebal, paya, dan pedalaman yang bergunung-ganang
- Kawasan yang berutan tebal dan bergunung-ganang adalah terpencil dengan kurang kemudahan pengangkutan dan kegiatan ekonomi
- Penduduk yang tinggal di sini (orang asli) menjalankan pertanian pindah dan tinggal berselerak
- Kawasan paya di bahagian timur di negeri Johor, dan pantai timur Sabah. dan Sarawak berpenduduk jarang juga
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara Malaysia
- Bentuk muka bumi
- Kegiatan sosio-ekonomi
- Sumber mineral
- Dasar kerajaan/Governan
- Pengangkutan dan perhubungan
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 5
1. Proses pembandaran merupakan satu proses penumpuan penduduk di kawasan bandar.
2. proses pembandaran juga dikenali sebagai proses urbanisasi.
3. Proses pembandaran boleh menyebabkan perubahan dalam:
(a) Jumlah penduduk
(b) Fungsi bandar
(c) Penggunaan tanah
(d) Cara hidup penduduk
4. Bandar-bandar di Malaysia mengalami pembandaran yang pesat selepas negara mencapai kemerdekaan.
5. Jumlah penduduk di bandar bertambah dengan cepat kerana migrasi luar bandar ke bandar berlaku dengan giat disebabkan penduduk luar bandar ingin mencari lebih banyak peluang pekerjaan di bandar.
6. Bandar-bandar besar yang berlaku pembandaran ialah seperti:
(a) Kuala Lumpur
(b) Georgetown
(c) Ipoh
(d) Johor Bahru
(e) Kuantan
7. Pembandaran menyebabkan jumlah penduduk disesuatu kawasan bertambah dengan banyak.
8. Ini adalah kadar kerana pertambahan semula jadi penduduk meningkat dan migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar.
9. Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan yang mengalamiproses pembandaran akan berubah dari sektor primer kepada sektor sekunder dan tertier.
10. Keadaan ini bermakna sesuatu kawasan itu tidak lagi hanya berfungsi sebagai pusat pertanian, perikanan tetapi berfungsi sebagai pusat perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.
11. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan banyak kemudahan asas di kawasan pembandaran untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin ramai.
12. Kemudahan yang ditambahkan di kawasan pembandaran adalah seperti jaringan jalan raya, hospital, perumahan, sekolah dan taman rekreasi.
13. Tujuannya adalah supaya penduduk di kawasan pembandaran dapat kemudahan yang sempurna dan dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembandaran Negara Malaysia
1. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembandaran Malaysia ialah:
(a) Dasar kerajaan (gavernan)
(b) Peluang pekerjaan
(c) Migrasi penduduk
Fungsi Petempatan Bandar
1. Sesebuah petempatan bandar yang terdapat di negara ini mempunyai kepelbagaian fungsi. Fungsi sesebuah bandar adalah berdasarkan kepada bentuk kegiatan ekonomi, sosial dan politik yang terdapat di sesebuah petempatan.
2. Terdapat bandar-bandar di negara Malaysia yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Bandar ini biasanya merupakan bandar utama atau ibu negeri. Peta di bawah menunjukkan ibu negeri bagi negeri-neger
3. Pejabat-pejabat pentadbiran persekutuan dan negeri serta ibu-ibu pejabat syarikat swasta terletak di dalam bandar-bandar ini. Antara bandar seumpama ini seperti Kuala lumpur, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Melaka.
4. Pusat perniagaan dan perdagangan merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di negara ini. Di bandar terdapatnya gedung-gedung perniagaan, pusat perkhidmatan kewangan dan pusat membeli-belah serta aktiviti import dan eksport.
5. Antara bandar di negara ini yang berfungsi sebagai bandar perniagaan dan perdagangan adalah seperti Georgetown, Ipoh, Johor Bahru, Sandakan dan Kuching.
6. Terdapat juga petempatan bandar yang berfungsi sebagai pusat perindustrian. Kawasan perindustrian Petaling Jaya, Shah Alam, Bayan Lepas, Ayer Hitam, Bukit Mertajam dan Kulim merupakan antara beberapa bandar perindustrian yang terdapat di negara ini.
7. Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan bandar perindustrian biasanya bekerja di kilang-kilang yang terdapat dalam kawasan tersebut.
8. Petempatan bandar juga turut berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian yang dibekalkan dari kawasan bandar . Antara bandar tersebut ialah seperti Kota Bahru, Sandakan, Temerloh, Tawau, Raub dan Tumpat.
9. Selain itu, petempatan bandar juga turut berfugsi sebagai pusat pendidikan. Institusi pengajian tinggi awam dan kolej-kolej swasta biasanya terletak di kawasan bandar ini. Bandar Baru Bangi di Selangor contohnya menempatkan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Maktab Perguruan Islam, Pusat Matrikulasi Bangi,dan kolej Persediaan MARA.
10. Aktiviti perlombongan bijih timah yang terdapat di bandar Ipoh dan Taiping serta perlombongan petroleum di Kerteh, Terengganu dan Miri, Sarawak telah menyebabkan bandar-bandar tersebut berfungsi sebagai pusat perlombongan.
11. Pusat perhubungan dan pengangkutan yang menempatkan terminal utama pengangkutan jalan raya dan kereta api merupakan salah satu fungsi petempatan bandar di Malaysia.Tumpat merupakan terminal kereta api di pantai timur Semenanjung Malaysia.
12. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya menempatkan Hentian Putra dan Puduraya sebagai terminal utama pengangkutan bas ekspres dan Sentral Kuala Lumpur berfungsi sebagai terminal utama Kereta api Tanah Melayu (KTM) bagi seluruh Semenanjung Malaysia.
13. Petempatan bandar juga berfungsi sebagai pusat pertahanan negara. Bandar-bandar seperti Port Dickson, Lumut dan Butterworth menempatkan markas-markas tentera, pengkalan tentera udara, darat dan laut, berek tentera, pusat latihan, serta tempat simpanan senjata dan peluru.
14. Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser pula berfungsi sebagai pusat pelancongan dan peranginan di negara ini. Pulau Langkawi juga merupakan pusat pelancongan yang terkenal di negara ini kerana adanya pusat membeli-belah bebas cukai dan keindahan pantainya yang bersih dan menarik.
15. Pusat kebudayaan adalah salah satu fungsi petempatan bandar. Di bandar terdapatnya pusat-pusat pelbagai kebudayaan, balai seni, panggung kebudayaan dan pusat kraf tangan serta cenderamata. Contohnya seperti di bandar raya Kuala Lumpur terdapat Istana Budaya yang digunakan untuk kegiatan pementasan.
16. Kemudahan pelabuhan untuk pengendalian aktiviti eksport dan import di negara ini telah menyebabkan wujudnya bandar-bandar seperti Georgetown, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang di Johor, Kuching di Sarawak dan Sandakan di Sabah berfungsi sebagai pusat pelabuhan di negara ini.
Kesan Pembandaran
1. Proses pembandaran yang berlaku di sesebuah negara telah menimbulkan pelbagai kesan positif dan negatif di negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Jepun.
2. Bandar-bandar utama di negara-negara ini seperti bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia, metropolis Bangkok di Thailand dan metropolis Tokyo di Jepun menerima kesan-kesan daripada proses pembandaran yang berlaku.
Kesan Positif Pembandaran
1. Proses perbandaran telah menyebabkan peningkatan penduduk bandar di negara Malaysia, Thailand dan Jepun. Pertambahan ini telah meningkatkan bekalan tenaga kerja untuk pelbagai sektor seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan.
2. Kepelbagaian ekonomi di bandar telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan seperti di bandar raya Kuala Lumpur, metropolis Bangkok dan metropolis Tokyo.
1. Pertambahan penduduk kesan daripada proses pembandaran telah menggalakkan kerajaan menambah dan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan bandar seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air.
2. Jaringan pengangkutan seperti jalan raya diperlebarkan dan lebuh raya bertingkat turut dibina untuk keselesaan penduduk di bandar seperti bandar raya Kuala Lumpur dan metropolis Bangkok.
3. Selain itu, turut dibina Sistem Pengangkutan Transit Ringan (LRT), Komuter dan Monorel di bandar raya Kuala Lumpur serta kereta api peluru (Bullet Train) dan kereta api bawah tanah di metropolis Tokyo, Jepun untuk kegunaan penduduknya.
4. Kerajaan Thailand menyediakan kemudahan pengangkutan air seperti yang terdapat di metropolis Bangkok. Sepanjang Sungai Chao Phraya dibina terusan yang dikenali sebagai Klong sehinggakan Bangkok digelar Venice Timur. Pasar Terapung Damnoen Saduak menjadi destinasi perniagaan terapung yang terkenal di metropolis Bangkok.
5. Kerajaan turut meningkatkan kemudahan sosial di kawasan bandar seperti pusat-pusat kesihatan, pusat rekreasi dan pusat perubatan. Kemudahan ini bertujuan membolehkan penduduk menikmati taraf hidup yang lebih sihat.
6. Misalnya, kerajaan Malaysia menyediakan Taman Tasik Perdana dan Tasik Titiwangsa di bandar raya Kuala Lumpur sebagai lokasi riadah kepada penduduknya. Begitu juga keadaannya dengan metropolis Tokyo yang terdapat kawasan riadah seperti Ueno, Shiba dan Hibiya.
1. Kepelbagaian kegiatan ekonomi yang terdapat di bandar telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya. Kadar upah yang diberi jauh lebih tinggi berbanding luar bandar.
2. Keadaan ini membolehkan penduduk yang bekerja di bandar meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendapatan yang diperoleh.
3. Kemudahan pendidikan yang lengkap di bandar membolehkan penduduknya memperoleh pendidikan yang lebih sempurna dan tinggi. Universiti dan kolej-kolej swasta didirikan untuk memenuhi keperluan tersebut.
4. Bandar raya Kuala Lumpur misalnya terdapat Universiti Malaya, Universiti Tun Abdul Razak, Kolej Cosmopoint dan sebagainya untuk kemudahan pendidikan kepada penduduknya. Begitu juga dengan Universiti Tokyo di metropolis Tokyo dfan Universiti Chulalongkorn di metropolis Bangkok.
Saturday, October 31, 2009
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 4
- Dapat menunjukkan 2 maklumat atau lebih dalam graf yang sama
(b) Graf Garisan
- Sesuai digunakan untuk menunjukkan untuk menunjukkan suhu tahunan, perubahan penduduk, dan sebagainya
- Terbahagi kepada graf garisan mudah, dan graf garisan berganda
- Graf garisan mudah hanya mempunyai satu maklumat sahaja
- Graf garisan mudah menggunakan garisan untuk menyambungkan titik-titik yang mempunyai nilai tertentu
- Graf garisan berganda terdiri daripada beberapa garisan yang menunjukkan perubahan nilai bagi sesuatu perkara yang dilukis pada bidang yang sama
- Graf bar gabungan digunakan untuk menunjukkan min suhu tahunan dan jumlah hujan tahunan
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 3
- Skala ialah nisbah jarak pada peta yang mewakili jarak sebenar di permukaan bumi
- Skala lurus terbahagi kepada skala lurus mudah dan skala lurus penuh
- Skala lurus mudah berbentuk 1 garisan lurus yang halus
- Skala lurus penuh pula berbentuk 2 garisan tertutup yang bahagiannya dilorekkan berselang-seli
(b) Jarak
- Jarak ialah jauhnya antara 2 tempat
- terbahagi kepada 2, iaitu jarak mutlak dan jarak relatif dan diukur dalam unit meter (m) atau kilometer (km)
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 2
- Bearing ialah arah atau hala sesuatu objek atau sesuatu tempat dari kedudukan pemerhati
- Ianya dinyatakan dalam nilai sudut atau darjah
- Bearing biasa atau bearing sudutan (azimut) diukur dari arah utara mengikut arah pusingan jam, iaitu dari 0 darjah hingga 360 darjah
Wednesday, October 28, 2009
Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 1
(1) Latitud
Maksud latitud ialah garisan mendatar dari timur ke barat pada glob.
(a) Garisan Khatulistiwa (00)
(b) Garisan Sartan (23 1/2 oU)
(c) Garisan Jadi (23 1/2 oS)
(d) Garisan Artik (66 1/2 oU)
(e) Garisan Antartik (66 1/2 oS)
(f ) Kutub Utara (90oU)
(g) Kutub Selatan (90oS)
(2) Longitud
Maksud longitud ialah garisan menegak dari kutub utara ke kutub selatan. Longitud utama dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich atau dikenali juga sebagai
Meridian Pangkal.Ia diberi ukuran 0 darjah celcius
(3) Waktu Tempatan
Waktu tempatan adalah waktu sesuatu tempat yang ditentukan berdasarkan kedudukan longitudnya. Tempat-tempat yang sama terletak di longitud yang sama akan memperoleh waktu yang sama.Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur. Tempat-tempat yang terletak di sebelah timur Garisan Meridian Pangkal (GMP) akan mengalami waktu siang terlebih dahulu berbanding tempat-tempat di sebelah barat GMP (0o).