Sunday, November 1, 2009

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 12

Bab 12: Petempatan
  1. Petempatan adalah sesuatu tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti
  2. Penduduk di petempatan ini menjalankan aktiviti seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan, dan perkhidmatan

Jenis Petempatan

  1. Di negara Malaysia terdapat2 jenis petempatan, iaitu petempatan luar-bandar dan petempatan bandar
  2. Faktor-faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini ialah:

(a) fungsi (jenis kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial yang dijalankan)

(b) saiz penduduk

(c) kepadatan penduduk

Faktor Penentu Tapak

  1. Bentuk muka bumi
  2. Sumber air
  3. Tanih
  4. Kegiatan ekonomi
  5. Ketersampaian ( mudah untuk sampai ke sesuatu tempat)
  6. Petempatan yang dirancang

Pola petempatan luar bandar

  1. Pola petempatan berselerak
  2. Pola petempatan berjajar
  3. Pola petempatan berpusat
  4. Pola petempatan berkelompok

No comments:

Post a Comment