Wednesday, October 28, 2009

Nota Geografi Tingkatan 2 Bab 1

BAB 1: KEDUDUKAN



(1) Latitud

Maksud latitud ialah garisan mendatar dari timur ke barat pada glob.

(a) Garisan Khatulistiwa (00)

(b) Garisan Sartan (23 1/2 oU)

(c) Garisan Jadi (23 1/2 oS)

(d) Garisan Artik (66 1/2 oU)

(e) Garisan Antartik (66 1/2 oS)

(f ) Kutub Utara (90oU)

(g) Kutub Selatan (90oS)



(2) Longitud

Maksud longitud ialah garisan menegak dari kutub utara ke kutub selatan. Longitud utama dikenali sebagai Garisan Meridian Greenwich atau dikenali juga sebagai

Meridian Pangkal.Ia diberi ukuran 0 darjah celcius



(3) Waktu Tempatan



Waktu tempatan adalah waktu sesuatu tempat yang ditentukan berdasarkan kedudukan longitudnya. Tempat-tempat yang sama terletak di longitud yang sama akan memperoleh waktu yang sama.Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur. Tempat-tempat yang terletak di sebelah timur Garisan Meridian Pangkal (GMP) akan mengalami waktu siang terlebih dahulu berbanding tempat-tempat di sebelah barat GMP (0o).

3 comments: